LIBERALISME DALAM KONTEKS ASAS PEMBINAAN NEGARA MALAYSIA

Abd Aziz A’zmi

Abstract


Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum sejak di awal kemerdekaannya hasil penjajahan British. Asas pembinaan negara ini dapat dilihat melalui penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 oleh Suruhanjaya Reid yang menerapkan elemen dan aplikasi prinsip-prinsip liberalisme. Walaubagaimanapun falsafah liberalisme tidak dipraktikkan seratus peratus seperti yang ditakrifkan oleh Barat. Amalan liberalisme dalam perlembagaan berjalan seiring dan dikawal oleh elemen agama Islam, kebebasan terhad dan nilai-nilai tempatan. Elemen kawalan berkenaan penting agar tidak menjadikan negara ini sebuah negara sekular dan terdedah kepada ektremisme liberal.

Keywords


Liberalisme, kawalan, sekatan, Perlembagaan Persekutuan, Islam

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.