MENGENALPASTI FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR SARJANA MUDA PSIKOLOGI, KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)

Muhamad Shafiq Mohd Razali, Noraini Abdol Raop

Abstract


Tahap pencapaian akademik setiap manusia berbeza antara satu sama lain. Perbezaan ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tahun tiga, semester enam Ijazah Sarjana Muda Psikologi, Fakulti Sains Sosial, Kolej Universiti Islam Melaka. Kajian ini tertumpu kepada empat persoalan kajian atau faktor iaitu sikap, minat, kaedah pembelajaran dan pensyarah yang diuji dengan menggunakan kaedah soal selidik. Nilai kebolehpercayaan kajian ini adalah ? = 0.845. Kajian berbentuk tinjauan yang menggunakan data kuantitatif. Persampelan dibuat secara rawak. Data di analisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Science Social (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara sikap, minat dan kaedah pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Bagi faktor pensyarah pula, didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Melalui kajian ini, tindakan boleh diambil untuk memperbaiki tahap pencapaian akademik pelajar sama ada melalui para pelajar iu sendiri, pendidik mahupun institusi.

Keywords


pencapaian akademik, sikap, minat, kaedah pembelajaran, pensyarah

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.