PEMBANGUNAN MODAL INSAN MELALUI KONSEP TAZKIYAH AL-NAFS

Siti Nur Aafifah Hashim

Abstract


Pembentukan nilai dan kecemerlangan modal insan bertunjangkan konsep tazkiyah al-nafs merupakan asas terpenting yang menentukan keberhasilan dan kejayaan dalam proses pembangunan insan. Mekanisme pelaksanaan konsep tazkiyah al-nafs yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini merujuk kepada amalan yang dilaksanakan oleh insan yang berupaya menyingkirkan penyakit berkaitan hati serta berupaya merealisasikan nilai-nilai akhlak mulia. Kajian kualitatif ini meninjau literatur kajian konsep tazkiyah al-nafs dengan menggunakan kaedah analisis dokumen dan berpandukan jadual matrik “Systematic Literature Review (SLR)”. Pencarian artikel diakses dari saluran jalur lebar menggunakan bit data MyJurnal, Scopus dan Google Scholar. Analisis sistematik berkenaan memfokuskan kepada isu yang melibatkan hubungan konsep tazkiyah al-nafs dalam pembentukan modal insan. Hasil analisis terhadap dokumen yang terpilih didapati terdapat 21 artikel yang memenuhi objektif dan kriteria kajian sebagaimana telah ditentukan. Menerusi artikel tersebut telah mengemukakan aplikasi konsep tazkiyah al-nafs untuk pembangunan modal Insan melalui empat proses yang dimulai dengan peningkatan keimanan, seterusnya, kawalan tingkah laku, pembentukan akhlak dan akhirnya melahirkan insan kamil.


Keywords


Tazkiyah al-Nafs. Pembangunan Modal Insan. Systematic Literature Review

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.