MALAIKAT DAN ANGELS: ANALISIS PERBANDINGAN CIRI-CIRI DARI PERSPEKTIF AL-QURAN DAN BIBLE

Adam Badhrulhisham, Khadijah Mohd Khambali@Hambali

Abstract


Antara dakwaan sarjana Kristian ialah agama Islam meniru konsep-konsep yang wujud dalam agama Kristian dengan alasan wujud banyak persamaan antara Islam dan Kristian dan Islam adalah agama terakhir dalam kelompok agama Samawi. Justeru kertas kerja ini menganalisis perbandingan konsep malaikat yang wujud dalam sumber primer agama Kristian dengan Islam iaitu Bible dan al-Quran khususnya berkenaan ciri-ciri, sekaligus meneliti sejauh mana dakwaan sarjana Kristian berhubung isu ini. Kaedah analisis dokumen digunapakai dalam kajian yang berbentuk kualitatif ini. Hasil kajian mendapati walaupun wujud persamaan dalam kedua-dua agama ini, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menyokong dakwaan mereka kerana beberapa faktor; antaranya kewujudan perbezaan yang nyata dalam ciri-ciri malaikat dan faktor hubungan unik yang dimiliki antara agama Islam dan Kristian. Persamaan dan perbezaan ciri ini juga boleh diketengahkan sebagai medium dakwah terhadap penganut ajaran Kristian.


Keywords


Malaikat, Angels, Islam, Kristian, Agama Samawi

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.