HAK ISTERI SELEPAS PERCERAIAN MENURUT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM DI MALAYSIA: ANALISIS FAKTOR PENGHALANG MEMPEROLEHNYA

Mohd Sabree Nasri, Mohd Shauqi Saiful Suhardi, Mohamad Afandi Md Ismail

Abstract


Perkahwinan merupakan satu galakan dalam Islam bagi memenuhi tuntutan fitrah setiap insan. Namun, tidak semua ikatan perkahwinan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan perceraian ini berlaku antaranya ialah faktor dalaman seperti pengabaian hak dan tanggungjawab suami isteri, ataupun disebabkan oleh faktor luaran seperti kacau ganggu pihak ketiga. Walaupun perceraian diharuskan dalam Islam dan berkemungkinan besar ia merupakan jalan terbaik kepada pihak-pihak, namun suami isteri masih mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Justeru itu, penulisan ini akan meneliti hak-hak isteri yang boleh dituntut selepas berlakunya perceraian serta melihat kepada faktor-faktor yang menjadi penghalang untuk memperolehnya dari aspek perundangan Islam. Penulis akan menganalisis kes-kes yang berkaitan, artikel terpilih serta meneliti peruntukan dalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002 untuk mendapatkan data dan maklumat yang terkini. Keputusan menunjukkan bahawa terdapat enam hak yang layak diperolehi oleh isteri selepas berlakunya perceraian, tetapi bergantung kepada faktor penghalangnya seperti bentuk dan sebab berlakunya perceraian tersebut. Penulisan ini akan memberikan pencerahan kepada isteri dan wanita terhadap haknya serta menjelaskan tanggungjawab suami kepada isteri dan anak-anak selepas melafazkan perceraian tersebut.

Keywords


Hak Isteri, Perceraian, Nafkah, Undang-undang Keluarga Islam, Malaysia.

Full Text:

PDF

References


Abe Sohpian Abdul Rahman, Zuliza Mohd Kusrin & Anwar Fakhri Omar. (2014). Faktor Perceraian di Mahkamah Syariah Bahagian Mukah, Sarawak dari Tahun 2000 hingga 2010. Islammiyyat 36 (1). hlm. 5-20.

Ahmad Ibrahim. (1999). Undang-undang Keluarga Islam di Malaysia. Kelana Jaya: Malayan Law Journal Sdn. Bhd.

Badruddin Ibrahim & Azizah Mohd. (2013). Hak Anak Terhadap Nafkah dalam Perundangan Islam: Sejauh Manakah Bapa Bertanggungjawab Menanggung Nafkah Anaknya. Kanun 25 (2). hlm. 255-272.

Dewan Undangan Negeri Melaka. 2002. EUUKI (Negeri Melaka) 2002 (En. 12/02).

Ibrahim al-Syarqawi. (1997). Hashiyat al-Sharqawiyy ‘Ala Sharh al-Tahrir. Mesir: al-Husayniyyah.

Mahmood Zuhdi Abd. Majid & Raihanah Azahari. (1989). Undang-undang Keluarga Islam: Konsep dan Perlaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Karya Abazie.

Mohd Khairul Anuar Ismail. (2014). Kefahaman Wanita Terhadap Peruntukan Hak Selepas Bercerai Menurut EUUKI Negeri Kelantan No. 6/2002: Kajian di Kota Bharu. (Tesis Ma). Universiti Malaya.

Mohd Norhusairi Mat Hussin & Raihanah Abdullah. (2016). Amalan Pembahagian Harta Sepencarian di Malaysia: Satu Sorotan Literatur. Journal of Shariah Law Research vol. 1 (1). hlm. 75-88.

Mohd Sabree Nasri & Mohd Sopiee Shiddeq. (2016). Murtad: Antara Hak Kebebasan Beragama dan Kesalahan Jenayah Syariah di Malaysia. Jurnal 'Ulwan (2016) vol. 1 (1) 1-18.

Mohd Sabree Nasri. (2015). Jenayah sihir di Malaysia: permasalahan dan cadangan pelaksanaan undang-undang. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat (2015) vol. 19, 51 - 58.

Mohd Saleh Ahmad. (2009). Perkahwinan dan Perceraian dalam Islam. Batu Caves: Pustaka Haji Abdul Majid.

Muhammad Ya’qub Talib ‘Abidiyy & Ahmad Fathi Bahnasi. (2015). Membongkar 1001 Persoalan Nafkah: Duhai Suami, Bahagiakan Isterimu Tercinta. Putrajaya: Persatuan Pegawai Syariah Malaysia.

Rohanee Machae, Abdul Basir Mohamed & Mutsalim Khareng. (2015). Mut’ah dan Nafkah ‘Iddah: Analisis Kritikel terhadap Perlaksanaannya dalam Konteks Undang-Undang Keluarga Islam Thailand dan Undang-Undang Keluarga Islam di Selatan Thailand. Prosiding Kolokium Antarabangsa Siswazah Pengajian Islam (KASPI) 2015. hlm. 63-73.

Shamsuddin Suhor dan Nor Aziah Mohd Awal. (2007). Siri perkembangan Undang-undang di Malaysia: Undang-undang keluarga (Sivil). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wahbah al-Zuhaili. (2001). Fiqh dan Perundangan Islam. Syed Ahmad Syed Hussain et al. (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Rujukan Statut

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002

Rujukan Kes

Asiamamal V Abdul Jabbar 3 (1983) 1 JH 262

Awang lwn Shamsuddin (1997) JH 11

Boto’ bin Taha lwn Jaafar bin Muhamed (1985) 2 MLJ 98

Hajjah Lijah binti Jamal lwn Fatimah binti Mat Diah (1950) 16 MLJ 63

Joriah Binti Doralim V Ibrahim Bin Mamat 14 (2001) 1 JH 89

Ningal @ Yang Chik bin Hashim lwn Jamal bin Abdul Rahman (1986) 6 JH 146

Noor Bee lwn Ahmad Shanusi (1978) 1 JH (2) 63

Piah bt. Said lwn She Lah bin Awang (1983) 2 JH 220

Piah bte Said lwn Che Lah bin Awang (1983) 3 JH 220

Ramlah lwn Mohamed (1980) 1 JH (2) 77

Sha'ari bin Mat lwn Teh bin Hashim (1983) JH 108

Siti Zamrah lwn Maliki (1986) 6 JH 130

Tengku Anun Zaharah bt Tengku Abdul Hamid lwn Dato’ Dr Hussein bin Mohd Yusof (1980) 2 JH 125

Tengku Puteri Zainah Iskandar lwn dato, Seri Mohd Najib Abdul Razak (2004) CLJ (Sya) 347

Zahrah V Saidon 3 (1983) JH 225

Zainuddin lwn Anita (1983) 4 JH 73


Refbacks

  • There are currently no refbacks.