PERBANDINGAN KATA NAMA DIALEK MELAYU SARAWAK DENGAN BAHASA MELAYU BAKU DARI SUDUT SEMANTIK LEKSIKAL

Nabillah binti Bolhasan

Abstract


Kajian ini berkaitan perbandingan dialek Melayu Sarawak di Sibu dengan bahasa Melayu baku. Dialek Melayu Sarawak di Sibu bukanlah dialek yang dominan kerana populasi masyarakat di Sibu majoritinya berbangsa Cina. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti perbezaan kata nama dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu baku serta menghuraikan perbezaan kata nama dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah elisitasi yang dijalankan terhadap penjawat awam yang berkhidmat di Rejimen 510 Askar Wataniah Kem Seri Rajang, Sibu Sarawak untuk mengenal pasti beberapa kata nama dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu baku yang dipercayai boleh mendatangkan kekaburan makna. Teori yang digunakan ialah teori semantik leksikal. Dapatan kajian ini mendapati bahawa terdapat 10 kata nama dalam dialek Melayu Sarawak dan bahasa Melayu baku yang dipercayai boleh mendatangkan kekaburan makna kerana mempunyai sebutan yang sama tetapi berbeza dari segi maknanya. Melalui kajian ini, pengkaji akan dapat membantu masyarakat yang datang dari latar dialek yang berbeza untuk lebih menguasai dialek Melayu Sarawak supaya tidak berlakunya kekaburan makna serta dapat mengelakkan daripada berlakunya prejudis, salah sangka dan salah faham terhadap mereka yang melancong atau berkhidmat di Sarawak.


Keywords


dialek; dialek Melayu Sarawak; kata nama; semantik; makna

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.