TURUTAN UJARAN PASANGAN BERDAMPINGAN DALAM PROGRAM PENGACARAAN WANITA HARI INI

Azean Idruwani binti Idrus, Ahmad Mahmood bin Musanef, Sharil Nizam bin Sha'ri

Abstract


Program pengacaraan Wanita Hari Ini merupakan program bual bicara antara pengacara dan orang yang diwawancara yang berlangsung secara spontan dan tidak mempunyai skrip. Kebijaksanaan dan kecekapan pengacara serta orang yang diwawancara sepanjang program tersebut bersiaran dapat menarik perhatian khalayak untuk terus mengikuti program tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis turutan ujaran pasangan berdampingan antara pemeran dalam program pengacaraan Wanita Hari Ini. Tumpuan kajian adalah terhadap skrip pengacaraan, iaitu tujuh topik daripada segmen Asam Garam Rumah Tangga. Data dianalisis melalui kaedah analisis kandungan teks dengan mengaplikasikan teori analisis perbualan oleh Heritage (1992). Hasil kajian menunjukkan terdapat 15 pola turutan ujaran pasangan berdampingan diadaptasikan dalam program pengacaraan Wanita Hari Ini. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian dalam bentuk tanya-jawab struktur isi program pengacaraan. Kepelbagaian pasangan berdampingan ini amat signifikan dalam mencapai tujuan sebenar sesebuah program pengacaraan seterusnya mewujudkan perbualan yang berkesan. Kajian ini penting dijalankan bagi memberi panduan dan pendedahan bukan sahaja kepada pengacara dan orang yang diwawancara tetapi juga kepada khalayak yang meminati bidang penyiaran, khususnya dalam program pengacaraan.


Keywords


turutan ujaran; pasangan berdampingan; program pengacaraan; analisis perbualan; pengambilan giliran

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.