KISAH SANG KANCIL DAN MEMERANG SEBAGAI PENERAPAN ADAB KEPIMPINAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

Siti Fatimah binti Mamat, Roslina binti Abu Bakar, Arbai'e bin Sujud

Abstract


Makalah ini membincangkan watak binatang yang popular dalam cerita binatang iaitu watak Sang Kancil sebagai watak utama yang dilihat sebagai watak pemimpin. Sehubungan dengan itu, Kisah Sang Kancil dan Memerang dilihat begitu signifikan untuk dibincangkan kerana memaparkan elemen adab yang dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya kanak-kanak. Cerita binatang merupakan cerita dongeng yang terkenal dalam kalangan setiap bangsa di dunia. Setiap bangsa di dunia mempunyai cerita binatangnya yang berbeza-beza mengikut versi tempat masing-masing walaupun watak utamanya adalah sama. Sebagai contoh watak Sang Kancil terkenal diseluruh dunia namun wujud dalam pelbagai versi. Masyarakat Melayu menjadikan watak binatang mempunyai perwatakan seperti manusia iaitu boleh bercakap, bekerja dan mempunyai cara hidup seperti manusia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kaedah temubual untuk mendapatkan cerita binatang. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Adab berasaskan kerangka pemikiran Syed Naquib Al-Attas (2001). Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu yang pertama untuk mengenalpasti elemen adab yang terdapat di dalam cerita binatang dan untuk menganalisis kesan penerapan adab dalam kalangan masyarakat Melayu berdasarkan cerita binatang iaitu Kisah Sang Kancil dan Memerang. Hasil kajian mendapati bahawa cerita binatang telah menjadikan watak binatang mempunyai perwatakan seperti manusia iaitu mempunyai akal budi dan cerita yang dipaparkan dapat memberi pengajaran dan contoh tauladan kepada masyarakat Melayu. Selain itu, Cerita binatang tidak hanya menonjolkan kejenakaan dan kelucuan semata-mata malahan terdapat pengajaran yang bermakna untuk nilai tambah ilmu kepada masyarakat Melayu khususnya tanpa mengenal lapisan peringkat umur. Seterusnya, adab yang dipaparkan dalam cerita binatang juga secara tidak lansung akan mempengaruhi jiwa kanak-kanak agar mereka berkelakuan baik dan tahu tanggungjawabnya sebagai seorang ketua.


Keywords


cerita binatang, cerita rakyat, sang kancil, pendekatan adab

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.