EMANSIPASI WANITA DALAM SOSIAL MENERUSI NOVEL-NOVEL PILIHAN 1960-AN - 1990-AN

Nurhasmira binti Mat Rusok, Roslina binti Abu Bakar, Arbai'e bin Sujud, Rozita binti Mohamed Noor

Abstract


Kajian ini dilakukan untuk melihat emansipasi wanita dalam sosial menerusi novel-novel Melayu terpilih dari tahun 1960-an hingga 1990-an yang dihasilkan oleh pengarang-pengarang wanita iaitu Khadijah Hashim, Zaharah Nawawi dan Rosmini Shaari. Bertitik tolak daripada permasalahan kajian, dan memetik kenyataan Che Asmah Yaacob yang menyatakan bahawa menerusi novel, konsep emansipasi dapat dilihat dari aspek yang lebih luas. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan Islam dalam mengekalkan hak dan kedudukan wanita dalam masyarakat. Justeru, untuk merungkai aspek emansipasi wanita dalam sosial, adalah wajar satu kajian dilakukan menerusi novel-novel Melayu pilihan.  Kajian ini merangkumi aspek  emansipasi wanita iaitu  perjuangan wanita dalam sosial.  .Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis emansipasi wanita dalam sosial melalui novel-novel Melayu.  Kajian ini turut mengaplikasi teori feminisme saranan Cheri Register. Data kajian diperoleh menerusi  empat buah novel merangkumi tahun 1960-an hingga 1990-an iaitu Badai Semalam (1968) karya Khadijah Hashim, Sebelum Penghujongnya Musim (1972) karya Zaharah Nawawi, Di tengah Kabus (1980) karya Khadijah Hashim dan Jaringan (1990) karya Rosmini Shaari.


Keywords


Emansipasi, Wanita, Sosial, novel

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.