MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI PELAJAR MELALUI PROGRAM KEUSAHAWAN SOSIAL

Siti Zakiah Abu Bakar, Nurena Abdullah

Abstract


Fenomena perniagaan dalam talian berkembang secara lebih global dan popular di kalangan usahawan perniagaan kecil melalui laman media sosial. Media sosial adalah medium komunikasi yang memberi impak yang besar kepada penyebaran maklumat perniagaan kepada pengguna khasnya dalam urusan peniagaan dalam talian selain dapat menambahkan pendapatan. Masalah yang dihadapi oleh kebanyakan usahawan perniagaan kecil adalah penjanaan pendapatan lestari yang tidak konsisten. Oleh itu, satu program keusahawanan sosial telah dilaksanakan oleh kumpulan pelajar perakaunan bersama-sama dengan usahawan kecil di komuniti Bukit Katil, Melaka. Program keusahawanan sosial ini dapat membantu usahawan kecil meningkatkan kemahiran penggunaan media sosial sebagai satu alat komunikasi dalam bidang keusahawanan yang bersesuaian dengan keadaan semasa khasnya di dalam menghadapi masalah Covid-19. Sejumlah 30 orang responden yang telah dipilih adalah sampel bertujuan iaitu pelajar perakaunan semester 4. Satu soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan data pada akhir program ini. Data yang diperolehi dianalisis melalui kaedah analisis deskriptif dan korelasi Pearson. Dapatan kajian itu mendapati 90.3% pelajar lebih yakin untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Sejumlah 96.8% pelajar dapat belajar untuk berinteraksi dengan pelanggan melalui penggunaan media sosial. Oleh itu, kajian ini menunjukkan sebanyak 87.1% pelajar dapat meningkatkan komunikasi melalui penggunaan media sosial selepas menyertai program keusahawanan sosial. Keputusan analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan signifikan iaitu terdapat hubungan positif yang tinggi (r = 0.805, p = 0.000) di antara sikap pelajar perakaunan untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan markah kursus “Digital Enterprenernurship Development” dan mereka juga berminat untuk menyertai bidang perniagaan untuk meningkatkan kualiti hidup di masa depan.

Keywords


program keusahawanan sosial; komunikasi; sikap

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2021 Jurnal ILMI