HAK PENGGUNA DALAM JUAL BELI TIKET PENERBANGAN: ANALISIS ISU SYARIAH BERTERASKAN INSTRUMEN KHIYAR

Muhammad Izzul Syahmi Zulkepli, Mohamad Taqiuddin Mohammad, Mohd Anuar Ramli

Abstract


Industri penerbangan tidak terlepas dengan isu-isu berbangkit dalam urusan jual beli tiket. Pelbagai isu timbul dalam transaksi tersebut, umpamanya isu yang melibatkan hak pengguna seperti pengiklanan dengan harga yang mengelirukan, caj-caj tersembunyi dan pampasan akibat kelewatan penerbangan atau penundaan masa penerbangan. Sehubungan itu, kajian ini akan membincangkan berkenaan jual beli tiket penerbangan, isu-isu yang berkaitan dengan hak pengguna dalam urusan jual beli tersebut, di samping menganalisisnya berasaskan instrumen khiy?r. Bagi mencapai objektif kajian, data dikumpul dengan mengguna pakai dua kaedah iaitu kaedah kepustakaan dan lapangan yang melibatkan temu bual. Data kualitatif yang dikumpul telah dianalisis dengan kaedah analisis kandungan dan deskriptif. Hasil kajian mendapati khiy?r ‘aib berlaku pada kelewatan jadual penerbangan kerana menyebabkan kerugian kepada pelanggan. Justeru, syarikat penerbangan perlu menangani isu tersebut dengan efisien agar urusan jual beli yang dilakukan menepati prinsip dan etika perniagaan Islam.

Keywords


patuh syariah; etika perniagaan; maslahah; hak pengguna; perlindungan pengguna

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2021 Jurnal ILMI