TREND DAN KEFAHAMAN MASYARAKAT MUSLIM TERHADAP ISU PRODUK SUNNAH DI MALAYSIA

Mohd Farhan Md Ariffin, Khairul Azhar Meerangani, Muhammad Adam Abd Azid, Muhammad Ikhlas Rosele

Abstract


Program Ekonomi Golongan Asnaf merupakan antara program yang dilaksanakan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) bertujuan membantu dan meningkatkan potensi golongan asnaf dalam sektor keusahawanan. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui faktor keterlibatan golongan asnaf dalam program ini serta menilai tahap keberkesanan program dalam meningkatkan taraf hidup setiap peserta. Skop kajian difokuskan kepada para usahawan asnaf di Daerah Kuala Selangor. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual (interview) untuk mendapatkan data-data kajian. Seramai 8 orang usahawan asnaf yang menjalani program ini telah ditemu bual bagi mendapatkan persepsi mereka berkaitan keberkesanan program ini. Selain itu, pengkaji juga menggunakan data kepustakaan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan Program Ekonomi Golongan Asnaf itu sendiri. Hasil kajian ini mendapati bahawa LZS telah berjaya melahirkankan kelompok usahawan daripada golongan asnaf ini melalui program ekonomi yang dijalankan. Hal ini berjaya mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik serta dapat mengurangkan bilangan asnaf di Selangor umumnya serta di daerah Kuala Selangor khususnya. Secara tidak langsung, bilangan pengeluar zakat di Selangor juga dapat ditingkatkan supaya dapat membantu golongan asnaf yang lain yang dalam kesusahan di samping menjadi model atau contoh kepada asnaf yang lain. Namun, usaha-usaha penambahbaikan perlu dilakukan oleh pihak yang LZS bagi meningkatkan lagi kualiti program yang akan dijalankan dari semasa ke semasa.

Keywords


keberkesanan; program ekonomi; asnaf;persepsi; usahawan

Full Text:

PDF


Copyright (c) 2021 Jurnal ILMI