PERSEPSI PENGUSAHA INAP DESA TERHADAP PEMBANGUNAN INAP DESA DI NEGERI MELAKA

Suhartiningsih Nato Sudarmo, Sarimah Ahmad, Noor Azlin Mohd Kasim, Norly Marlia Kamaruddin, Muhammad Nasirin Abu Bakar

Abstract


Inap Desa adalah merupakan produk pelancongan yang menyediakan perkhidmatan penginapan kepada para pelancong. Perkhidmatan ini biasanya disediakan di destinasi pelancongan yang terletak jauh daripada bandar. Memandangkan destinasi pelancongan ini terletak di pinggir bandar / luar bandar dan tidak mempunyai perkhidmatan penginapan seperti hotel, resort dan chalet, masyarakat kampung telah mengambil inisiatif untuk menyediakan kemudahan penginapan di kawasan mereka. Walaupun Pengusaha Inap Desa mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai industri pelancongan, tetapi mereka mempunyai semangat untuk bersama-sama memajukan industri ini dengan bantuan dari kerajaan dan juga sektor swasta. Berdasarkan pada beberapa kajian lepas, kebanyakan kajian hanya melaporkan kejayaan Inap Desa yang hanya memberi tumpuan kepada beberapa destinasi Inap Desa yang terkenal sahaja walaupun terdapat lebih banyak Inap Desa yang tersenarai berdasarkan rekod di Kementerian Kebudayaan, Seni dan Pelancongan. Oleh itu, keperluan penyelidikan lebih lanjut perlu dilakukan untuk meningkatkan pembangunan Inap Desa di Melaka. Setiap komuniti Inap Desa menghadapi cabaran yang sama atau berbeza dalam mengurus operasi kerana mereka mungkin menawarkan pakej yang berbeza. Oleh itu, majoriti penyelidikan yang sedia ada berkemungkinan untuk berat sebelah kerana saiz sampel adalah agak kecil yang berkemungkinan tidak sesuai mewakili seluruh program Inap Desa di Malaysia. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan pembangunan Inap Desa kepada masyarakat terutama dalam menggalakkan penyertaan masyarakat dan untuk melihat hubungan antara ekonomi dan budaya terhadap pembangunan Inap Desa. Kajian ini menggunakan kaedah pensampelan rawak berstrata dimana sembilan (9) Inap Desa dipilih di bawah penyeliaan MOTAC . Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa hanya budaya memberi sumbangan besar kepada pembangunan Inap Desa.

 

 


Keywords


Inap Desa, Pengendali Inap Desa, Kebudayaan, Ekonomi

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.