KESAN AMALAN HIJAU TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI RESTORAN HOTEL NEGERI MELAKA

Hartini Adenan

Abstract


Amalan hijau adalah perkara yang boleh dilakukan oleh organisasi untuk meminimumkan kesan negatif yang dimiliki oleh mereka terhadap alam sekitar. Amalan hijau semakin meluas dipraktikan dalam bidang pelancongan, perhotelan dan perkhidmatan makanan. Ini memberi impak kepada pelanggan dalam memilih perkhidmatan yang disediakan. Pada masa kini, kebanyakan pelanggan yang datang makan di restoran mempunyai pendedahan dan pengetahuan tentang amalan hijau melalui pelbagai sumber. Berdasarkan beberapa kajian lepas, pelanggan di restoran percaya mereka mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang amalan restoran hijau, memahami mengenai kepentingan rekod persekitaran dan kitar semula di restoran. Mereka juga percaya bahawa restoran yang dikunjungi harus menggunakan produk tempatan untuk menyokong amalan hijau yang diamalkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk melihat kesan amalan hijau di restoran hotel di sekitar negeri Melaka samada mempengaruhi atau tidak niat pelanggan untuk datang makan dan kesediaan mereka untuk membayar kerana amalan hijau yang diamalkan di restoran berkenaan. Responden kajian terdiri daripada pelanggan yang telah mendapatkan perkhidmatan di restoran hotel di sekitar negeri Melaka. Kajian ini diharap mampu membantu terutamanya pihak industri perkhidmatan makanan dan perhotelan untuk melaksanakan dan meneruskan amalan hijau di hotel dengan lebih baik dan teratur

 


Keywords


Restoran, Amalan hijau, Kepuasan pelanggan, Kesediaan untuk membayar, Niat pelanggan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.