EKOPELANCONGAN MEMBERI KESAN POSITIF KEPADA KESEDARAN DAN TINGKAH LAKU PEMULIHARAAN

Dina Syamilah Zaid, Abdul Mutalib Mohamed Azim

Abstract


Kajian dalam bidang ekopelancongan masih boleh dianggap berada di peringkat awal. Definisi konsep ekopelancongan masih kurang jelas sama ada dari segi skop dan kriteria yang digunakan, serta dalam aspek perancangan dan pengoperasiannya. Terdapat pelbagai definisi ekopelancongan, semuanya mencerminkan pelbagai paradigma dan perspektif. Ekopelancongan sering dijadikan sebagai alat untuk mempromosikan pemuliharaan alam sekitar. Ini kerana alam sekitar boleh dijadikan sebagai produk pelancongan yang seterusnya memberi impak ekonomi kepada masyarakat setempat. Kejayaan pemuliharaan alam sekitar bergantung kepada sikap positif masyarakat setempat. Oleh itu, ianya penting untuk mengetahui jika ekopelancongan memberi kesedaran kepada persepsi masyarakat tentang sumber semula jadi dan pemuliharaannya, kerana ini boleh menjadi penentu penting dalam tingkah laku pemuliharaan. Kertas konsep ini membincangkan definisi ekopelancongan dan kesedaran masyarakat yang merangkumi pengetahuan dan sikap, serta tingkah laku terhadap ekopelancongan.

 

 

 


Keywords


Ekopelancongan, Kesedaran, Pengetahuan, Sikap Tingkah Laku Pemuliharaan

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.