HUBUNGAN KOMITMEN ORGANISASI, MOTIVASI PEKERJA DAN KECERDASAN EMOSI PEKERJA TERHADAP PRODUKTIVITI KERJA

Nurulhayah Muhamad, Nurul Liyana Hussin, Mohd Fais Mohd Zokri

Abstract


Pekerja merupakan sebuah kelompok manusia paling penting dalam menggerakkan aktiviti kerja terhadap pelbagai sektor pekerjaan khususnya di Malaysia ini. Segala tindakan dan perbuatan pekerja itu berpandukan kepada kepelbagaian gelagat berbeza yang mempengaruhi produktiviti kerja tersebut. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara komitmen organisasi, motivasi pekerja  dan kecerdasan emosi pekerja terhadap produktiviti kerja mereka. Selain itu, kajian juga turut melihat sama ada kesemua pembolehubah tersebut mempunyai pengaruh terhadap produktiviti kerja . Kajian telah dijalankan di sebuah institusi pengajian tinggi yang terletak di Melaka dengan menggunakan kaedah persampelan mudah ke atas seramai 72 orang pekerja yang terdiri daripada kakitangan akademik di institusi tersebut. Soal selidik telah digunakan dan data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22 dan AMOS versi 18. Hasil kajian menunjukkan hanya pembolehubah motivasi pekerja dan komitmen organisasi yang mempunyai hubungan yang positif dengan produktiviti kerja manakala pembolehubah kecerdasan emosi tidak mempunyai hubungan signifikan terhadap produktiviti kerja. Namun begitu, analisis path mendapati faktor motivasi pekerja sahaja yang mempunyai pengaruh signifikan terhadap produktiviti kerja berbanding kecerdasan emosi dan komitmen organisasi.

 

Kata Kunci : komitmen organisasi, motivasi pekerja, kecerdasan emosi, produktiviti kerja.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.