PENGLIBATAN KERJA DALAM KALANGAN PEKERJA SWASTA DI MELAKA

Nurul Liyana Hussin, Nurulhayah Muhamad, Haziq Mohd Hanizam

Abstract


Kajian ini dijalankan untuk mengkaji penentu penglibatan kerja ke atas pekerja di Melaka. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh antara pembolehubah bebas iaitu faktor minat, kepimpinan, ganjaran, dan rakan sekerja, dengan pembolehubah bersandar iaitu penglibatan kerja. 100 orang responden terdiri daripada 64 orang lelaki dan 36 orang perempuan telah menjawab soal selidik yang telah diedarkan. Majoriti daripada jumlah tersebut merupakan pekerja di sektor swasta. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS bagi mendapat hasil dapatan kajian. Hasil ujian analisis kolerasi mendapati bahawa kesemua pembolehubah bebas mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembolehubah bersandar. Hasil ujian analisis regrasi yang dijalankan pula mendapati bahawa faktor kepimpinan mempunyai hubungan signifikan 0.000<0.050 yang positif, dengan nilai beta 0.440 yang menunjukkan faktor ini merupakan faktor yang paling mempengaruhi penglibatan kerja oleh seorang pekerja di dalam pekerjaan. Hasil ujian analisa regrasi juga menunjukkan bahawa faktor minat tidak mempunyai hubungan signifikan dan beta yang negatif apabila pembolehubah tersebut mencatatkan nilai sig: 0.788, beta: -0.012, menunjukkan faktor minat antara faktor yang kurang mempengaruhi seseorang pekerja untuk melibatkan diri mereka di tempat kerja.

 

Kata Kunci : Penglibatan Kerja, Faktor Minat, Faktor Kepimpinan, Faktor Ganjaran, Faktor Rakan Sekerja


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.