FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENSYARAH MELABUR DALAM AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

Nurul Afiqah Abd Rahman, Mohamad Shahrul Nizam Zamri

Abstract


Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan sebuah unit dana amanah pelaburan bumiputera Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad pada 2 Januari 1990 bagi membantu masyarakat bumiputera dalam menyediakan simpanan dan pelaburan jangka masa panjang. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji faktor yang mempengaruhi pensyarah di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) melabur dalam Amanah Saham Bumiputera ini. Seramai 66 orang pensyarah dipilih sebagai responden telah menjawab soal selidik yang diberikan. Analisis korelasi digunakan bagi menganalisis hubungan di antara ketersampaian maklumat dan pendapatan dengan faktor yang mempengaruhi pensyarah melabur dalam ASB. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa dua faktor iaitu ketersampaian maklumat dan pendapatan mempengaruhi pensyarah di KUIM untuk membuat pelaburan ini. Dapatan kajian ini turut menunjukkan faktor pendapatan merupakan elemen yang paling dominan dalam mempengaruhi pensyarah melabur dalam unit ASB. Kajian ini merumuskan bahawa untuk mempengaruhi pensyarah melabur dalam ASB, pihak Syarikat Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) perlu meningkatkan pendedahan kepada semua lapisan pensyarah supaya mereka lebih merasai kewujudan pelaburan tersebut dan memahami pulangan ke atas setiap pelaburan amanah saham.

 

Kata kunci : ketersampaian maklumat, pendapatan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.