PENGURUSAN STRES DALAM KALANGAN PELAJAR KAJIAN KES : KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA (KUIM)

Nor Hazanah Miskan, Ily Izyan Mohd Fisol

Abstract


Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pengurusan stres dalam kalangan pelajar Kajian Kes: Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM). Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti hubungan dan faktor antara beban akademik, pengurusan masa dan pengurusan kewangan terhadap pengurusan stres. Sampel kajian yang dianalisis melibatkan seramai 74 orang responden yang terdiri daripada pelajar pengajian Ijazah Sarjana Muda daripada pelbagai fakulti. Data-data yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 25.0 yang merangkumi data deskriptif, analisis korelasi, analisis regrasi dan skor min yang digunakan bagi mengetahui faktor yang mendorong  pengurusan stres sebagai pembolehubah bersandar. Dapatan kajian menunjukkan faktor yang menpengaruhi pengurusan stres dalam kalangan responden iaitu beban akademik, pengurusan masa dan pengurusan kewangan.

 

Kata Kunci: Pengurusan Stres, Beban Akademik, Pengurusan Masa, Pengurusan Kewangan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.