ORIENTASI INTRINSIK DAN EXTRINSIK MEMPENGARUHI KEBERKESANAN LATIHAN: MOTIVASI BELAJAR SEBAGAI PENGANTARA

Othmen Che Jusoh, Ismi Arif Ismail

Abstract


Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti peranan motivasi belajar sebagai pengantara dalam hubungan antara orientasi intrinsik, extrinsik dan keberkesanan latihan. Kajian ini menggunakan 350 orang responden berdasarkan pensampelan kelompok, dua kumpulan populasi sasaran telah dipilih iaitu terdiri daripada pegawai penguat kuasa gred N41 dan penolong pegawai penguat kuasa gred N27 daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Dapatan kajian menunjukkan bahawa orientasi intrinsik, extrinsik mempengaruhi keberkesanan latihan, sementara, orientasi intrinsik, extrinsik mempengaruhi motivasi belajar dan motivasi belajar mempengaruhi  keberkesanan latihan. Kajian ini juga menunjukkan motivasi belajar sebagai pengantara yang signifikan dalam menjelaskan hubungan antara orientasi intrinsik, extrinsik dan keberkesanan latihan. Kajian ini merumuskan bahawa untuk motivasi belajar adalah penting kepada pelatih bagi memastikan latihan yang dijalankan berkesan dan memberi pulangan kepada organisasi.

 

Kata kunci : orientasi intrinsik, extrinsik,  keberkesanan latihan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.