AMALAN PENGURUSAN KEWANGAN MAHASISWA

Salbiah Nur Shahrul Azmi, Suzana Ab. Rahman, Suhailah Ibrahim, Nurulhayah Muhamad, Maryam Mohd Esa

Abstract


Makalah ini bertujuan untuk menentukan pengaruh pengetahuan kewangan dan corak perbelanjaan terhadap amalan pengurusan kewangan mahasiswa.  Kajian yang berbentuk kuantitatif ini dilakukan dengan mengaplikasikan analisis korelasi dan regrasi bagi mengenalpasti hubungan dan pengaruh pengetahuan kewangan serta corak perbelanjaan terhadap permasalahan.  Usaha ini dilakukan lanjutan daripada masalah pengurusan kewangan di kalangan mahasiswa yang disebabkan oleh kurangnya pengetahuan dalam mengurus perbelanjaan serta kelemahan menguruskan corak perbelanjaan.  Hasil dapatan kajian menunjukkan hanya satu daripada dua pembolehubah tidak bersandar iaitu pengetahuan kewangan mempengaruhi amalan pengurusan kewangan mahasiswa.  Justeru, kajian ini diharapkan dapat membantu mahasiswa dalam mengurus amalan kewangan mereka di masa hadapan.

 

Kata Kunci : Amalan Pengurusan Kewangan, Pengetahuan, Corak Perbelanjaan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.