LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN PELAJAR DI KUIM

Nurul Liyana Hussin, Liyana Syazwina Rosli

Abstract


Kajian ini bertujuan mengkaji faktor yang mempengaruhi literasi kewangan di kalangan pelajar. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti samada pendidikan kewangan, sikap terhadap wang dan juga pengaruh ibubapa memberi pengaruh terhadap literasi kewangan dalam kalangan pelajar. Responden merupakan pelajar yang dipilih secara rawak iaitu seramai 201 orang responden. Analisis data dibuat dengan menggunakan IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0 yang merangkumi data deskriptif, skor min, dan analisis regrasi yang digunakan untuk mengetahui faktor mana yang lebih mempengaruhi pembolehubah bersandar. Hasil dari kajian ini membuktikan setiap pembolehubah tidak bersandar mempunyai hubungan dan mempengaruhi literasi kewangan pelajar. Dalam kajian ini juga menunjukkan pendidikan kewangan merupakan pembolehubah yang paling mempengaruhi literasi kewangan. Justeru, para pelajar juga dicadangkan untuk lebih melibatkan diri di dalam program- program kewangan samada di dalam atau luar kolej. Pelbagai program kewangan telah diwujudkan bagi memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kepentingan literasi kewangan serta menghindarkan diri daripada mendapat masalah- masalah kewangan.

 

Kata kunciliterasi kewangan, sikap terhadap wang, pengaruh ibubapa, pendidikan kewangan


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.