FAKTOR YANG MENDORONG MAHASISWI DALAM MEMILIH BARANGAN KOSMETIK TIRUAN

Nurulhayah Muhamad, Nazira Nordin

Abstract


Pengeluaran dan penjualan produk tiruan merupakan satu isu yang tiada akhirnya dan menjadi masalah yang semakin serius di pasaran. Permasalahan utama berkaitan produk tiruan membabitkan pelbagai aspek iaitu kepada pengguna dengan kesihatan dan keselamatannya, kesannya kepada pengusaha atau usahawan di mana nilai ekuiti jenama dan kehilangan jumlah permintaan, manakala kepada ekonomi atau kerajaan pula akan kehilangan cukai dan isu integriti. Di dalam kajian ini, pengkaji cuba mengenal pasti faktor - faktor yang mempengaruhi pembelian barangan kosmetik tiruan iaitu faktor sikap, pengetahuan dan imej jenama. Kaedah yang digunakan di dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif dengan mengunakan analisis deskriptif, korelasi dan regresi. Jumlah responden adalah seramai 341 orang iaitu daripada kalangan mahasiswi KUIM. Hasil kajian ini mendapati terdapat dua faktor yang mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap pembelian barangan kosmetik tiruan iaitu faktor sikap dan pengetahuan manakala faktor imej jenama merupakan faktor yang tidak mempunyai pengaruh dengan pembelian barangan kosmetik tiruan.

 

Kata kunci : produk kosmetik tiruan, sikap, pengetahuan, imej jenama.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.