FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECENDERUNGAN PEMBELI TERHADAP PEMILIHAN PRODUK MAKANAN HALAL PKS DI FAZZ ENTERPRISE

Maryam Mohd Esa, Intan Amirah Husna Mohd Nasiri

Abstract


Kajian ini bertujuan mengkaji faktor yang mempengaruhi kecenderungan pembeli terhadap pemilihan produk makanan halal PKS di Fazz Enterprise. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada faktor pengetahuan, sikap dan norma subjektif mempengaruhi kecenderungan pembeli terhadap pemilihan produk makanan halal PKS. Responden merupakan pembeli di Fazz Enterprise yang dipilih secara tidak rawak iaitu seramai 74 orang responden. Analisis data dibuat dengan menggunakan IBM Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0 yang merangkumi data deskriptif, skor min, dan analisis regrasi yang digunakan untuk mengetahui faktor mana yang lebih mempengaruhi dengan pembolehubah bersandar. Hasil dari penelitian ini menunjukkan bahawa setiap faktor mempunyai hubungan dan mempengaruhi dengan pemilihan produk makanan halal. Selepas kajian dibuat, didapati bahawa sikap merupakan faktor yang paling mempengaruhi dalam analisis regrasi.

 

Kata Kunci: Produk Makanan Halal, Pengetahuan, Sikap, Norma Subjektif.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.