HUBUNGAN DIANTARA SAIZ INSTITUSI , PINJAMAN TIDAK BERBAYAR & NISBAH MODAL TERHADAP PRESTASI INSTITUSI PERBANKAN

Suzana Ab Rahman, Muhammad Akmal Hassan

Abstract


Faktor modal memberi kesan kepada prestasi perbankan di Malaysia selain daripada itu,  isu – isu inovasi dalam instrument produk kewangan dan perkembangan baru dalam pasaran antarabangsa terhadap pelanggan juga akan memberi impak kepada prestasi perbankan. Manakala tiada jaminan untuk bertahan mahupun terselamat kepadq institusi bank  terhadap produk pembiayaan yang di tawarkan jika berlakunya krisis ekonomi. Menurut (Barnes 2008) dan ia merupakan satu keperluan untuk mengekalkan prestasi kewangan di kalangan institusi kewangan, terutamanya dalam sektor perbankan. Kajian yang dijalankan ini mempunyai beberapa objektif yang tertentu, seperti untuk mengenalpasti faktor yang dipengaruhi diantara pinjaman tidak berbayar (NPL) terhadap prestasi institusi perbankan. Untuk mengenalpasti faktor yang dipengaruhi di antara modal terhadap prestasi institusi perbankan. Untuk mengenalpasti mengenalpasti faktor yang dipengaruhi diantara saiz institusi perbankan terhadap prestasi institusi perbankan. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan data sekunder atau lebih dikenali data pane yang kini popular dalam bidang kewangan. Seterusnya, data dianalisis menggunakan Statistic Package for Social Science (SPSS) For Windows Version 23.0 SPSS. Analisis statistik yang digunakan pula ialah analisis deskriptif dan analisis regresi kajian buka parametrik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga pembolehubah tidak bersandar iaitu pinjamn tidak berbayar (NPL), saiz institusi perbankan dan nisbah modal adalah mempunyai hubungan yang signifikan dengan pulangan ke atas asset (ROA). Kajian yang akan datang dicadangkan untuk meneruskan kajian ini dengan membesarkan skop kajian kepada bidang yang lebih meluas dimana supaya penyelidik yang akan datang mendapat keputusan yang lebih tepat

 

Kata Kunci: Prestasi Kewangan, Nisbah Modal, Pinjaman Tidak Berbayar, Pulangan atas Aset

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.