FAKTOR PENDORONG PEMILIHAN PROGRAM KEUSAHAWANAN DI NEGERI MELAKA

Roslinawati Ibrahim, Noor Fariza Mohd Hasini, Noorizda Emellia Mohd Aziz, Maryam Mohd Esa

Abstract


Menyedari hakikat pentingnya sumbangan keusahawanan ke atas pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, kerajaan telah mengambil langkah drastik untuk memperhebatkan usaha mempromosi dan membudayakan keusahawanan di kalangan masyarakat terutamanya golongan muda. Malahan, terdapat juga Program Keusahawanan yang ditawarkan oleh IPTS demi menyokong hasrat kerajaan ini. Kajian ini cuba menilai faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar IPTS memilih Program Keusahawanan sebagai kerjaya. Data kajian ini dikumpul menggunakan borang soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 147 orang responden yang terdiri daripada 90 orang pelajar KUIM, 52 orang pelajar  ICYM dan lima orang pelajar UCAM. Kesemua sampel dipilih daripada senarai IPTS yang menawarkan Program Keusahawanan dalam negeri Melaka. Data yang dikumpulkan melalui kajian dianalisa selaras dengan persoalan kajian yang telah dinyatakan. Analisa ini dibahagikan kepada dua bahagian dan berkait dengan objektif kajian yang dibentuk. Bahagian pertama, memfokus kepada analisa deskriptif seperti frekuensi, purata min dan sisihan piawai berhubung dengan profil demografi. Bahagian kedua pula, adalah pemberian nilai “mean skor” dan “ranking” untuk penilaian faktor pendorong pemilihan pelajar IPTS Program Keusahawanan di Negeri Melaka. Penyelidik telah menggunakan analisa kolerasi Pearson dan regrasi Liner dalam melihat hubungan di antara setiap faktor. Dapatan kajian mendedahkan bahawa ke empat-empat faktor mempunyai hubungan korelasi yang sangat signifikan pada tahap 0.001. Faktor paling dominan yang mendorong pelajar memilih Program Keusahawanan adalah faktor sikap kerana mempunyai nilai signifikan yang paling rendah (0.000) dan nilai beta yang paling tinggi (0.339). Bagi menggalakkan pelajar memilih Program Keusahawanan sebagai kerjaya, IPTS perlu memahami faktor pendorong dalam pembentukan Sikap kerana faktor ini mendominasi pemilihan pelajar dalam kajian ini.

 

Kata kunci:   Program Keusahawanan, Latar Belakang Keluarga, Peluang Pekerjaan,Sikap.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.