AMALAN SUMBER MANUSIA DAN TINGKAH LAKU KEWARGANEGARAAN ORGANISASI DALAM KALANGAN PENSYARAH

Abdul Mutalib Mohamed Azim, Dina Syamilah Zaid

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara empat amalan sumber manusia iaitu sokongan organisasi, sistem ganjaran, sokongan penyeliaan, maklumbalas dan tingkah laku kewarganegaraan organisasi. Data diperolehi dengan menggunakan  borang soal selidik yang diedarkan kepada 260 pensyarah yang mengajar di dua buah universiti swasta di Selangor, Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan antara sokongan organisasi, sistem ganjaran, sokongan penyeliaan, maklumbalas dan tingkah laku kewarganegaraan organisasi. Kajian ini menunjukkan amalan sumber manusia yang berkesan memainkan peranan penting dalam meningkatkan tingkah laku kewarganegaraan organisasi pensyarah. Kajian ini merumuskan bahawa faktor maklumbalas adalah faktor terpenting dalam kajian ini kerana ianya menyumbang terbesar dalam kerangka kajian tingkah laku kewarganegaraan organisasi pensyarah.

 

Kata kunci: sokongan organisasi, sistem ganjaran, sokongan penyeliaan, maklumbalas, tingkah laku kewarganegaraan organisasi

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.