CAMPURAN PEMASARAN 4P TERHADAP KEPUASAN PELANGGAN DI PASAR RAYA

Nurulhayah Mohamad, Ahmad Helmi Rushdi Ahmad Ajazi

Abstract


Campuran pemasaran 4P adalah satu medium untuk mengawal pemasaran secara strategi iaitu terdiri daripada produk (product), harga (price), promosi (promotion) dan tempat (place) merupakan asas yang bertujuan dalam menghasilkan tindak balas untuk mencapai target pasaran. Kajian ini adalah untuk mengkaji mengenai campuran pemasaran 4P iaitu produk, harga, promosi dan tempat terhadap kepuasan pelanggan di sebuah pasar raya. Kajian ini tertumpu kepada pelajar-pelajar Kolej Universiti Islam Melaka yang telah berkunjung ke pasar raya tersebut. Seramai 355 orang responden telah menjawab soal selidik yang diedarkan. Perisian SPSS telah digunakan untuk menganalisis data dengan menggunakan kaedah analisis regrasi. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya tiga faktor iaitu produk, promosi dan tempat yang memberi kesan kepada kepuasan pelanggan. Namun, didapati faktor harga tidak mempengaruhi kepuasan pelanggan yang berkunjung ke pasar raya ini. 

 

Kata kunci: Produk, Harga, Promosi dan Tempat.

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.