FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNA MUSLIM DALAM PEMBELIAN PRODUK HALAL DI KAMPUNG SEBATU, SUNGAI RAMBAI, MELAKA

Hamidah Norman, Nuraishah Abd Wahid

Abstract


Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengguna Muslim dalam pembelian produk halal di Kampung Sebatu, Sungai Rambai, Melaka. Terdapat tiga faktor yang ingin dikaji dalam kajian ini iaitu kesedaran, sikap dan persekitaran. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu borang soal selidik yang diedarkan secara rawak kepada pengguna Muslim di Kampung Sebatu, Sungai Rambai, Melaka. Analisis data dibuat dengan menggunakan ‘Statistic Package for Social Science (SPSS) For Windows Version 22 SPSS dan dianalisa menggunakan analisis deskriptif, kolerasi dan regrasi mudah. Hasil kajian menunjukkan kesedaran, sikap dan persekitaran mempunyai hubungan yang positif dengan pembelian produk halal. Dapatan kajian melalui analisis regrasi menunjukkan faktor persekitaran merupakan faktor yang paling mempengaruhi dalam pembelian produk halal.

 

Kata Kunci : kesedaran, sikap, persekitaran, pengguna Muslim, produk halal

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.