KEPATUHAN TADBIR URUS HAB HALAL JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PULAU PINANG (JHEAIPP) TERHADAP PIAGAM PELANGGAN: ANALISIS PERSPEKTIF USAHAWAN

Siti Syuhadah Mohamad, Mohamad Zaini Abu Bakar

Abstract


Pasaran industri halal yang semakin meluas didorong oleh permintaan tinggi terhadap produk halal sekaligus telah menarik minat pelbagai pihak untuk menceburi sektor industri ini. Justeru, permintaan terhadap perkhidmatan sijil halal juga meningkat. Bagi memenuhi permintaan usahawan yang kian meningkat untuk memiliki pensijilan halal, pihak tadbir urus terikat dengan piagam pelanggan dalam memberikan perkhidmatan berkaitan aktiviti halal. Analisis dan tinjauan kajian lepas menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pihak usahawan dan pihak tadbir urus hab halal. Kedua-dua pihak dilihat memainkan peranan penting dalam memperkasa industri halal. Oleh itu, kajian ini cuba mengenal pasti dan menganalisis tahap kepatuhan pihak tadbir urus JHEAIPP terhadap piagam pelanggan daripada perspektif usahawan. Bagi memenuhi objektif, kaedah analisis kandungan dan statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian mendapati pihak tadbir urus hab halal JHEAIPP berada di tahap yang baik dalam memenuhi prinsip piagam pelanggan.

 

Kata kunci: Gelagat Usahawan, Industri Halal, Integriti, Tadbir Urus Baik


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.